Cawankuning

Sunday, January 16, 2005

Manzil

<>MANZIL

Manzil mengandungi beberapa ayat Al Quran yang telah diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat ra sebagai syifa’ (penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir.

Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat dalam kitab HAYAT_US_SAHABAT [Jil. 3 m.374] yang dikarang oleh As Sheikhul Kabir Maulana Muhammad Yusuf ra ibn Maulana Muhammad Ilyas ra. Hadith tersebut telah di keluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Tarmidhi.

Ubai bin Kaab ra telah meriwayatkan : “Sewaktu kami bersama Rasullullah saw seorang badwi telah datang kepada baginda berkata: “Ya Rasullullah, saya mempunyai seorang saudara yang telah ditimpai penyakit.” Baginda saw bertanya “Penyakit apa?” Jawabnya: “Sejenis gila”. Rasullallah saw menyuruh orang itu membawa saudaranya.

Kemudian Baginda saw membaca Surah Al-Fatihah, empat ayat pertama surah Al-Baqarah (2:1-4), ayat bermula dengan Wa ila hokum ilahu wahid (2:163), Ayat Kursi (2:255) dan dua ayat seterusnya (2:256-257). Tiga ayat terakhir surah Al baqarah (2:284-286), ayat Syahidallahuannahu (3:18), ayat terakhir Surah Al-Mu’minun (23:118), ayat dari surah Al-Jin, Wa annahu ta’ala (72:3), sepuluh ayat pertama surah AsSaffat (37:1-10), tiga ayat terakhir dari surah Al Hasyar (59:22-24), Surah Al Ikhlas (112:1-4), Surah Al-Falaq (113:1-5) dah Surah An Nas (114:1-6).

Selepas itu orang yang berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ. Penyakit yang dideritainya telah hilang. [Kanz Jil. 1 m.212]

Fadhilat MANZIL ini terlalu banyak. Dari pengalaman kebanyakan orang. MANZIL ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir, jin dan lain-lain.

Dua cara untuk mengubati pesakit ialah dengan pesakit sendiri membaca ayat-ayat tersebut atau pun orang lain boleh membacakan dan hembus di atas air. Air itu diminum oleh pesakit. Semuga Allah swt memberkati kita semua dengan kesihatan rohani dan jasmani.

Selain MANZIL risalah ini mengandungi ayat MUNJIYAT yang diperolehi dari pengalaman Ibn Sireen ra untuk melepaskan diri dari kesusahan dan ayat SYIFA’ dai pengalaman Abu Qasim Qushairi ra. Diakhir risalah disertakan satu Doa Khas yang diajar oleh Rasullullah saw kepada Abu Darda ra untuk menyelamatkan diri dan harta dari bahaya dan menjauhkan bala bencana.

***Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat manzil ialah anda harus menbacanya dengan penuh tawajjuh (perhatian penuh kepada Allah). Sejauh mana seseorang itu mempunyai dan keyakinan terhadap Allah swt, sejauh itulah amalan ini akan memberi manafaat. Tidak syak lagi bahawa nama-nama Allah dan kalimah-kalimah Nya mengandungi terlalu banyak berkat.

<>Maulana Muhammad Talha,
<>Khandalawi,
(23 Syabaan 1399/1978)

<>

[Al Fatiha]

Dengan nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah Rab semesta alam, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang menguasai hari Pembalasan. Hanya Engakaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. (iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. (1:1-7)

[Al Baqarah:1-5]

Dengan nama Allah Maha Pemurah Maha PenyayangAlif Lam Mim. Kitab (Al Quran) yang tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi orang yang taqwa (iaitu) Mereka yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan menafkahkan rezqi mereka yang kami angugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada Kita (Al Quran) yang telah diturunkan sebelum mu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah orang-orang yang berjaya.

<>

[Al Baqarah :163]

Dan Tuhan mu adalah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


[Al Baqarah:255-257]

Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat disisi Allah tanpa izin Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang di kehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Allah Maha tinggi lagi Maha Besar.

Tidak ada paksaan bagi (memasuki) agama Islam. Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dari jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang kufur kepada taghut dan beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang kuat yang tidak putus. Dan Allah Maha Men-dengar lagi maha Mengetahui.

Allah, Pelindung orang beriman, mengeluarkan mereka dari zulmat (kafir) kepada nur (iman). Dan orang kafire pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari nur kepada zulmat. Mereka kekal di dalamnya.

[Al Baqarah:284-286]

Kepunyaan Allah segala yang di langit dan di bumi. Dan jika kamu nyatakan apa yang di dalam hati kamu atau kamu sembunyikannya, niscaya Allah akan memuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatan itu. Allah mengampuni sesiapa yang dikehendaki Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Telah beriman Rasul kepada apa yang diturunkan kepada Nya dari Tuhan Nya. Demikian pula orang beriman. Semuanya telah beriman kepada Allah. Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya. (Mereka berkata) “Kami tidak membezakan seorang pun antara RasulNya” dan mereka mengatakan, “Kami dengar dan kami Taat” (Mereka berdoa) “Ampunilah kami wahai Tuhan kami dan kepada Engkaulah kami kembali”.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang dilakukanya, dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dilakukannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

[Al Imran: 18] Allah [bersyahadah] menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu [bersyahadah] mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (3:18)

[AlImran: 27-28]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

Al ‘Araf

[54]Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

[55]Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

[56]Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.

Al Isra

[110] Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

[111] Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"

Al Mu’minun

[115] "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

[116] Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.

[117] Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.

[118] Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"

Assaffat-

[1] Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret –

[2] (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya –

[3] (Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci;

[4] (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu –

[5] Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.

[6] Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang.

[7] Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka;

[8] (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,

[9] Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.
[10] Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.

[11] (Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).

Arrahman

[33] Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

[34] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[35] Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

[36] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[37] Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;

[38] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[39] Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);

[40] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Al Hasyar

[21] Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
[22] Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[23] Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
[24] Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

Al Jin

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

[2]`Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.

[3]`Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.

[4] `Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;

Al Kafirun

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! [2] "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. [3]"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. [4] "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. [5]"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. [6]"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Al-Ikhlas[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; [2]"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; [3]"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; [4]"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Al Falaq

[1] Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,

[2]"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;

[3]"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;

[4]"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);

[5]"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".

[An Nas

[1]Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]"Yang Menguasai sekalian manusia,

[3]"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

[4]"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -

[5]"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -

[6]"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

MUNJIYAT

Tujuh ayat Al Quran yang di namakan MUNJIYAT ini telah dibuktikan dari pengalaman Ibn Sireen ra sebagai ayat ayat penyelamat dari berbagai kesusahan da kesulitan

At taubah -51

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".

Yunus -[107]
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Hud [6]

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)

Hud [56]

“Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. "

Al Ankabut [60]
Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Fathir [2]
Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Az Zumar [38]

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri"

SYIFA’

Imam Abu Qasim Qushairi ra telah dilapurkan berkata “Seorang dari anak ku jatuh sakit kuat sehingga ia hamper maut. Diwaktu itu aku mimpi bertemu Rasullah saw dan daku pun bertahu hal anak ku itu. Baginda saw bersabda “ Mengapa kah kamu tidak ambil berat akan ayat-ayat Syifa’? Mengapa kamu tidak amal ayat-ayat itu dan mohon (kepada Allah) disembuhkan?

Setelah terjaga daku mula memikirkan peristiwa itu Setelah diteliti (dalam Al Quran) maka aku temui ayat-ayat itu pada Enam Tempat. Daku menulis ayat-ayat ini dan melarutkan dalam air (bersih) dan aku beri anak ku meminumnya. Alhamdullilah, anak ku sembuh seperti asal.”

Al Taubah [14]
Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.

Yunus [57]
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

An Nahl [69]

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Al Isra [82]
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Asy-Syuara [80]
”Dan apabila aku sakit, maka ial ah yang menyembuhkan penyakitku;

Fushsyilat-[44]
Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)".

Doa Abu Darda (Yang di ajar oleh Rasullallah saw)

"Wahai Abu Darda r.a! Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api telah padam."
Abu Darda r.a menjawab: "Saya yakin bahawa Allah S.W.T tidak akan membakar rumah saya.Rasulullah SAW telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga petang. (saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh).Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar"

اللهم انت ربی لااله الاانت علیك توكلت وانت َ رب العرش الكريم.ماشآءالله كا ن

Allahumma anta rabbi laa ilaha illa anta 'alaika tawakaltu wa anta rabbil ‘arsyil karim maa syaAllah kaa na

ومالم يشألم یکن.ولاحول ولاقوةالابالله العلی العظیم.

Wa maa lam ya sya’lam yakun wala haula wala quwata illa billa hil 'aliyyil 'azim

اعلم ا ن الله على كل شئ ءٍ قديرؤان الله قد ا حاط بكل شئ ءٍ علما

A'ghlamu annallah ha ‘ala kulli syai inqodir Wa Annallah ha qad aHaa tho bikulli sya in 'ilmaa.

اللهم اِني اَعٌوذبك من شر نفسى ومن شر كل دابة انت اخذ بنا صیتها.

Allahumma innii a'uzubika min syarrinafsii wamin syarrikulli daa batin anta akhizu bina siyatiha

اِنٌ ربی علی صر اط مستقیم.

inna rabbi 'ala sirratimmustaqim


*Doa ini juga baik dibaca pada waktu kite keluar rumah:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home