Cawankuning

Wednesday, February 23, 2005

Sale Sale ...Jual Jual ..Jual Murah...

Memang semua orang suka dengan perkataan JUAL MURAH. Orang akan beli barang yang harganya murah. Kelmarin hebuh yang tak sure hebuh tentang jualan kereta yang murah. Kancil murah...RM5,000 saja dijual. Memang pun kalau ikutkan harga pasaran memang sesuai kancil harga RM 5,000. Ramai yang mampu beli walaupun terpaksa pinjam RM. Itu lah benar benar kereta rakyat Malaysia. Nama nya perodua kancil kalau di Jepun mira namanya. Walaupun sama bentuk sama enjin sama semuanya yang beza nama. Macam tu juga kembara macam tu jugalah semua model kereta proton. Cuma yang tak pernah dilihat lagi bentuk waja di jepun.

Berbalik kita pada kereta murah tadi. Kenapa orang mudah tertipu seperti lagu tipah. Kenapa mudah sangat orang mudah percaya kepada penipu?. Adakah dia guna jampi serapah?. Kenapa dia ada dokumen kastam seperti mana dilaporkan?. Rupanya ada sindiket curi kereta. Bila ada sindiket mesti ada ketua sindiket mesti ada juga pekerja sindiket. Siapa kah mereka ini.???

Undang-undang biasanya tidak memberi peluang kepada yang terlibat. Kerana semuanya akan didapati bersalah. Penipu dan tertipu semuanya bersalah. Penipu bersalah kerana mencuri dan menjual barang curi. Yang tertipu bersalah bersubahat membeli barang curi. Dalam kes ini tidak ada orang yang tak bersalah. Silap hari bulan penipu yang ada cable dan mendapat khidmat lawyer buruk yang handal akan terlepas disebabkan kesalahan teknikal siasatan. Yang kena tipu di kompaun ...dah lah wang beli barang curi tak dapat balik semuanya lebuh.. Kita tak tahu apa akan terjadi pada wang yang dirampas dari penipu yang belum sempat disalurkan pada ketua sindiket . Yang tertipu bertanya...dah polis rampas wang tu, kereta pun dah dirampas..tak kan wang belian barang tertipu tak dapat balik.???? Nasib lah labu.

Macam kes PLSB di Kulim .....yang menipu tak tau ke mana sekarang ...yang tertipu, ada yang sakit jiwa ada yang papa kedana. Wang yang di rampas oleh polis tak tau apa cerita...kes mahkamah pun dah sunyi sepi. Ini lah yang dikata Malaysia Raya. Terlampau banyak hari raya......cuti raya...macam-macam raya....semua ada sale...sale...jual..jual..jual murah ..barang belum tentu baik. Barang curi ka, barang free ka orang tak peduli..silap hari bulan masuk dalam.

Semua melibatkan RM. Kereta curi tadi akan di bawa ke balai atau JPJ untuk di periksa untuk mengetahui no enjin no chassis yang asal. Semua ini akan melibat kan RM.....tarik kereta ke balai atau jpj ...orang tarik kereta dapat duit. Periksa kereta...orang periksa kereta dapat duit....nanti ada kes di mahkamah ...lawyer buruk dapat duit...semua akan terlibat untuk menyelesaikan jenayah ini akan dapat duit......tak kita lah gaji ka upah ka claim ka......Duit yang di bayar kepada mereka mereka ini ...duit siapa????? RM gambar agung tapi rakyat punya.

Sale ....sale ...jual ...jual..dan jual murah.




Wednesday, February 09, 2005

Lain

Lain tempat lain cara, macam juga perpatah lain padang lain belalang. Sama juga lain sungai atau lain air lain itek. Di satu tempat terdapat unggas begitu hampir dengan kita. Setengah negara menggelarkan 'hidupan yang dilindungi' dan kita kekadang kurang jelas siapa yang bertanggungjawab melindungi hidupan ini.
Dekat dengan rumah di sini 'hidupan yang dilindungi' dimana gambarnya terdapat pada setem pos bebas berjalan, hinggap dan terbang mencari makan serta bersantai tanpa rasa takut pada spises yang tidak sama dengannya.
Kat sini paling bahagia melihat terlalu banyak bilangan ' itek hijrah' berenang di tasik mau sungai dan taliair...berjenis bangau mencari makan serta bersantai di sungai dan petak sawah padi di dalam bandar. Kecemaran yang minimun malah banyak yang hampir sifar pada taliair dan sungai menjadikan suasana bagai 'syurga' buat unggas-unggas ini.
Lain hal dengan negara boleh, 'yang dilindung' atau 'yang patut dilindung', 'yang wajib dilindungi' agak keliru dengan gelaran yang diberikan. Mau tidaknya, tanggungjawab melindung tidak jelas. Sering juga timbul pertanyaan pada mereka, lindung dapat apa? atau 'kita saja dok lindung tapi orang lain dok kembong' , habis sapa mau lindung? ...Ni lindung lindung apa? dari dulu kini selamanya mana ada lindung. Cakap saja mau lindung... tengok tengok banyak yang pupus. Dan pada banyak kawasan di negara boleh unggas-unggas terpaksa mencari tempat yang agak selamat untuk bersantai.

Memang lain bila hendak bersantai atau berehat sekejap di tempat yang lain.

Sunday, February 06, 2005

Semua pandai?

Hari ini pergi pasar, Happy Store namanya. Banyak benda yang murah. Murah dibandingkan dengan tempat yang jual mahal. Memang adat dimana saja orang akan mencari tempat berbelanja yang murah. Bukan nak berkira tapi ikut kemampuan juga. Malah orang yang lebih kaya juga datang ke sini. Kadang kadang pelik juga, kenapa lain tempat lain harga sedangkan barang jualan bahan mentah yang sama, dari ladang yang sama, dari laut yang sama, dari sangkar yang sama, dari kolam yang sama. Mungkin yang jual mahal untuk orang kaya dan yang jual murah untuk orang yang tak berapa kaya. Yang lebih menarik ada juga orang yang tak berapa kaya membeli tempat yang mahal. Murah mahal nasiblah. Tapi kalau balik kerumah masak tak sedap pun tak guna. Hilang zat pun tak guna. Tapi orang lapar tak peduli sedap atau tidak semuanya serupa. Zat atau tidak pun tak peduli. Itu pun kalau masih ada yang berkesempatan untuk masak. Paling senang singgah restoran atau beli digerai yang sudah siap sedia. Bayar dan makan, cuci menyuci tiada hal. Bayar dan bungkus balik makan. Semua mempunyai cara sendiri dan semua pandai mengurus diri sendiri tanpa gangguan pada lain.

Tapi, ada yang tak pergi membeli, ada yang tak ada apa nak dimasak dan ada yang belum tentu ada makan. Siapa peduli. Jiran? Ketua Kampung, Tok penghulu, Pegawai Daerah, Menteri Besar, Menteri Kecil, Perdana Menteri atau Bekas Perdana Menteri atau Agung. Semua makan kenyang. Kalau tak masuk surat khabar, kalau tak masuk TV belum tentu ada makan. Bila satu dunia tau ada orang tak makan ...maka mula lah buat tabung. Tabung ni tak sama dengan tabung buluh, tak sama dengan tabung ayam atau gajah tanah liat, tak sama dengan tabung tin kitar semula. Tabung di atas ada satu tuan. Tapi tabung dari surat khabar, tabung dari TV banyak tuan ...tabung ni ramai menabung tapi hanya sekali. Semua pandai kalau hal hal simpati memang murah hati dan murah rezeki nawaitu jangan peduli. Muga di doakan semuanya di berkati.

Tapi dalam tabung ada toyol. Sebab toyol pandai semua dalam hal RM. Bila ada toyol mungkin orang tak mahu lagi main tabung. Orang sudah pandai tolong secara terus. Sebab orang semua pandai.

Saturday, February 05, 2005

Saksi Pakar

Saksi pakar (expert witness)
A witness who by virtue of special knowledge, skill, training, or experience is qualified to provide testimony to aid the factfinder in matters that exceed the common knowledge of ordinary people.

Di Mahkamah ramai yang di panggil samada oleh pendakwa atau pembela sebagai saksi dan diantaranya ialah saksi pakar. Kalau sesiapa yang pernah ke mahkamah atau menyaksi rancangan di tv adalah dua perkara yang amat berbeza kerana lakunan dan kisah benar.

Ramai yang keliru tentang peranan saksi pakar. Pada tiga bersaudara hakim, pendakwa dan pembela tidak perlu di pedulikan kerana selepas pembicaraan mereka boleh minum atau makan semeja dan bersembang tentang kes yang di bicarakan. Sekiranya masing-masing memahami definasi 'saksi pakar' adalah lebih mudah.

Di Mahkamah yang peliknya yang boleh bercakap hanya tiga bersaudara di atas. Yang lain apabila di soal atau memang yang bertugas kena bercakap. Yang lebih parah bila sesuatu jawapan yang tidak boleh dijawab dengan 'ya' atau 'tidak'. Ini bukan cerita menghina mahkamah tapi peraturan atau sistem yang di ikuti dari penjajah cuma beza tiga bersaudara tak pakai wig saja. Tujaan mahkamah untuk menegak keadilan tapi tiga bersaudara ini yang tiada pertimbangan. Tak kira pendakwa atau pembela masing-masing mengguna apa cara untuk kepentingan. Tak tau siapa sebenarnya yang pakar. Dalam mahkamah pakar adalah mereka yang belajar
undang-undang. Yang buta undang-undang, macam itik makan bersama ayam walaupun ayam yang mengeramkan telur. Tapi sekarang hal mengeram telah diambilalih oleh manusia. Itik dan ayam hanya bertelur saja. Macam tu lah mahkamah. Pakar ke tak pakar ke datang mahkamah dah jadi macam itik dengan ayam. Tugas nya jawab bila ditanya. Datang bila terima surat saman. Tunda jalan tunda jalan lansung tak di peduli hal orang yang kena hadir di mahkamah. Hanya yang memang pakar saja yang pandai belit.

Friday, February 04, 2005

Pakar 4

Apa sumbangan Pakar kepada negara? Sumbangan kepada rakyat marhaen? Kalau Pakar potong ikan memberi sumbangan yang bermakna pada pembeli. Bagaimana yang mengakui diri pakar menyumbang kepada negara. Kalau Pakar yang bekerja atas jawatan pakar ...memang sudah diketahui mendapat gaji yang lumayan...tapi bagaimana sumbangan mereka terhadap setiap RM yang dibayar menggunakan RM rakyat. Dah la dapat gaji tak kan nak hentam lagi!!

Bagaimana yang bergelar pakar di IPTA atau IPTS .... mereka ni memang pakar habis. Kalau buat proposal untuk dapat grant memang pandai. Tapi hasil projek belum tau kesudahnya. Kalau ketua mereka becakap tentang R&D memang GAH!!! Hasil nya memang banyak pingat yang dapat. Apa yang rakyat dapat dari wang rakyat yang digunakan.??? Ini kena tanya pakar dan mereka akan menjawab hasilnya seperti mana mereka tulis proposal untuk mendapat grant sebelumnya. Itulah hasil sebenar. Hanya atas kertas. Hanya pakar yang kenal pakar.




Thursday, February 03, 2005

Pakar 3

Nama pakar sekarang tidak pada ahlinya tapi pada tempatnya. Sekarang ada hospital pakar, klinik pakar dan pusat pakar. Bila sebut saja perkataan pakar ni pesakit akan ke sana. Bezanya pakar dengan tidak pakar hanyalah RM. Kalau jumpa yang tak pakar mungkin kena bayaran sedikit sahaja. Tapi bila jumpa pakar mungkin dua atau tiga kali ganda. Kenapa mesti jumpa pakar? Kerana yang tak pakar tak tau nak selesai masalah. Mungkin juga yang tak pakar tak ada pengalaman. Pelik juga! sakit sikit-sikit boleh jumpa yang tak pakar. Tapi sakit yang teruk teruk kena jumpa pakar. Kenapa bila sakit sikit-sikit tak mau jumpa pakar jadi tak teruk lah nanti penyakit tu.

Pesakit pun kadang-kadang bila jumpa pakar tak sembuh juga. Tapi bila jumpa dengan tak pakar boleh sembuh . Memang lah sembuh taksembuh ni kuasa ALLAH tapi apa beza pakar dengan tak pakar. Tak ada beza pun cuma RM saja. Nampak gaya lagi banyak orang panggil pakar lagi banyak dia hentam RM orang. Bukan lagi pakar mahu tolong orang. Perangai yang mengaku pakar ni bukan pada doktor saja malah pada semua bidang yang terlibat.

Cuba kita ambil contoh di pasar. Sekarang ni bila kita beli ikan, kita minta atau pun tanpa diminta penjual akan membersihkan ikan. Dia memang pakar menyiang ikan. Sekejap saja di potongnya. Macam tu juga yang jual ayam. Kalau tak potong dengan potong serupa saja harganya. Pakar potong ayam di pasar jarang kita lihat dia mengambil kesempatan di atas kepakarannya. Sebenarnya dia tidak pernah mengaku yang dia pakar potong ayam hanya kita saja yang kata dia memang pakar. Pakar macam ni lah yang perlu di hormati.


Wednesday, February 02, 2005

Pakar 2

Ramai yang keliru dengan perkataan 'pakar'. Ramai yang menyalahguna perkataan 'pakar'. Menyalahguna adalah suatu perbuatan yang salah. Sama juga dengan menyalahguna 'dadah' dan ini merupakan jenayah. Memandangkan ujud sifat 'keliru' maka perkataan 'menyalahguna' sudah menjadi 'bolehguna' hingga menjadi serbaguna.

Suasana 1 (dulu mungkin juga sekarang)
Di kampung ada seorang tukang sunat gelaran yang betul adalah 'Tok Mudim'. Untuk mendapat gelaran Tok Mudim bukan sekadar main potong saja. Tok Mudim adalah pakar bius, pakar potong (istilah sekarang bedah) dan pakar farmasi. Mana tidaknya, bermula dengan menyejukkan, potong dan mengubat dengan balutan. Tok Mudim tak ada sijil. Tok Mudim tak ada Diploma, tak ada MD, MBBS dan tak ada Ph.D, apa-apa tauliah pun tak ada. Tapi dia 'pakar', dia memang pakar dan betul-betul pakar tak kira datang yang celek atau yang buta tiada masaalah baginya. Dia mempunyai ilmu, pengetahuan, pengalaman dan keyakinan yang melayakan ia digelar Tok Mudim.

Suasana 2 (mungkin sedikit masa dulu dan sekarang)
Di hospital dulu disebut juga rumah sakit walaupun orang yang sakit bukan rumah. HA (Hospital Assistent) juga di sebut Pembantu Perubatan adalah Tok Mudim di bandar. Jarang kita dengar doktor melakukan kerja poton ni. Dulu-dulu juga jarang kita dengar ada klinik yang menawarkan perkhidmatan potong memotong ni. Oleh kerana permintaan ramai dan ramai pula yang mahu potong tapi tak mahu sakit sudah menjadi perniagaan yang menguntungkan ketika musim cuti persekolahan. Siapa atau klinik mana yang dapat menawarkan potong tak sakit dan cepat sembuh maka dengan sendirinya mendapat gelaran pakar. Oleh kerana kecanggihan teknik memotong telah dipelbagaikan maka hanya nilai RM saja yang membezakan kepakaran mereka ini. Maka ramai lah yang jadi dan mau jadi pakar potong.

Ini cerita yang lelaki. Tapi yang perempuan tak tahu bagaimana. Kalau ikut pengalaman, potong yang perempuan ni dulu-dulu kerja Mak Bidan. Dia sama juga dengan dengan tok mudim, ilmu pengetahuan, pengalaman dan keyakinan yang menjadikan ianya pakar. Dia pakar yang tak ada sijil, tauliah, diploma, MD, MBBS atau Ph.D. Tapi dia pakar, betul-betul pakar dan memang pakar.

Sekarang tak tahu...dibandar ada atau tidak pakar potong perempuan ni? kalau sebelah kampung masih ujud pakar ni, tapi hanya pakar saja yang kenal pakar.